Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 23 November 2013

LANJUT TEMPOH I.S.A SEBULAN LAGI



Kerajaan Thai mempertimbangkan untuk melanjutkan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama sekurang-kurangnya sebulan lagi.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, dalam pada itu, didesak menangguhkan lawatannya ke Singapura selepas kumpulan pembangkang berikrar untuk memperhebatkan bantahan mereka dan membentangkan usul tidak percaya terhadap kerajaannya.

ISA, yang dikuatkuasakan di kawasan sekitar Rumah Kerajaan dan Parlimen, sepatutnya tamat pada 30 November, manakala Yingluck dijadual mengadakan sesi pemukiman dengan rakan sejawatannya dari Singapura pada 26 dan 27 November.

Akta itu dikuatkuasakan di beberapa bahagian di Bangkok sejak dua bulan lepas untuk menghadapi banyak kumpulan antikerajaan yang mengadakan bantahan berhampiran Rumah Kerajaan, sebahagian besarnya disebabkan Rang Undang-undang Pengampunan, yang telahpun ditarik balik.

Bagaimanapun penunjuk perasaan itu kini mendesak peletakan jawatan kerajaan Yingluck.

Ketua Majlis Keselamatan Negara Paradorn Pattanatabut hari ini berkata, keputusan untuk melanjutkan ISA bergantung kepada sama ada perhimpunan pembangkang pada 24 November akan berpanjangan dan saiz khalayak yang menyertai bantahan itu.

Demonstrasi pada 24 November itu akan diketuai bekas anggota parti pembangkang, Parti Demokrat, Suthep Thuegsubanhad, yang mempelawa orang ramai untuk menyertainya.

Suthep berharap sejuta orang akan menyertai bantahan itu.  

Paradorn berkata kerajaan sudah bersedia sekiranya perlanjutan ISA itu perlu.

"Kami menetapkan ISA dilanjutkan sebulan lagi jika perlu. Bagaimanapun jika keadaan aman atau tiada perkara tidak diingini berlaku pada masa itu, kami boleh menarik balik ISA serta-merta. Kerajaan akan memutuskan perkara ini minggu depan," katanya.

Beliau percaya jumlah penunjuk perasaan tidak akan mencecah sejuta orang seperti yang diharapkan, mungkin hanya beberapa ribu orang sahaja, dan menasihati penunjuk perasaan agar menghormati kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata penunjuk perasaan mungkin berhimpun di kawasan Rumah Kerajaan, tetapi mereka mungkin tidak akan masuk ke dalam bangunan itu.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung campur tangan pihak ketiga untuk mencetuskan keganasan dalam kalangan penunjuk perasaan, dan menyatakan ini menjadi sebab keadaan dipantau secara berterusan.

ISA dikuatkuasakan di tiga daerah di Bangkok, iaitu Pomprabsattrupai, Pranakorn dan Dusit.

1 Klik Dapat RM0.15

Yingluck menangguhkan lawatannya ke Singapura sehingga awal Januari tahun depan, untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tidak percaya terhadap kepimpinannya, kata jurucakap kerajaan Teerat Rattanasevi pada Jumaat.

Parti Demokrat pada Jumaat lepas mengemukakan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Yingluck dan Menteri Dalam Negeri Charupong Ruangsuwan.

Teerat berkata perbahasan itu dijangka diadakan pada 26 dan 27 Nov di Parlimen, dengan undi tidak percaya akan dijalankan pada 28 Nov, hari terakhir sesi parlimen sekarang.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet di Songkhla yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Nov akan diteruskan, dan menambah para pegawai kini berada di sana untuk membuat persediaan mesyuarat.

Yingluck akan turut melawat pusat pemeriksaan imigresen Thailand-Malaysia di daerah Sadao bersempena mesyuarat Kabinet itu.

Teerat berkata kerajaan menerbitkan laporan mengenai lawatan perdana menteri ke negara lain untuk memperjelaskan tujuan setiap lawatan dan pencapaiannya, bertujuan membantu masyarakat memahami tugas beliau

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates