Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 16 November 2013

KUASA ALLAH-80 BAYI DILAHIRKAN SEMASA TAUFAN HAIYAN



Di tengah-tengah bencana Taufan Haiyan yang mengorbankan ribuan nyawa di Filipina, 80 bayi baru lahir kini berjuang untuk hidup selepas dilahirkan di sebuah gereja kecil yang berfungsi sebagai hospital awam di bandar itu.

Pengarah hospital, Dr Alberto de Leon berkata, hospital itu turut menempatkan mangsa cedera selain menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.

"Saya bimbang bayi ini terkena jangkitan terutamanya daripada mayat mangsa yang terdapat di bahagian belakang hospital," katanya dipetik Daily Mail.

Mangsa, Meller Ballabog dan isterinya Mary Jane Tevez, 16, menamakan bayi mereka Yolanda bermaksud Taufan Haiyan dalam bahasa Filipina.

"Kami tidak mahu melupakan tragedi ini, kesusahan ini terbalas dengan satu kehidupan lain yang lebih bermakna buat kami sekeluarga," katanya.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates