Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 16 November 2013

Taufan Haiyan-Majlis Belia Malaysia Lancar tabung bencana @MuaamarGhadafi



Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melancarkan tabung kemanusiaan untuk mangsa bencana Taufan Haiyan dengan menyasar kutipan RM50,000 selewat-lewatnya awal bulan depan.
 
Presidennya, Maliki Mohamed Rapiee berkata, selain didorong semangat kemanusiaan, penubuhan tabung itu juga berdasarkan semangat komuniti Asean.
 
"MBM terpanggil untuk bersama dengan masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina sebagai jiran dan anggota Asean. Filipina tidak harus dibiarkan bersendirian di dalam perkara ini," katanya dalam sidang media pelancaran tabung tersebut di sini.
 
Maliki berkata, sumbangan semua pihak antaranya badan-badan bukan kerajaan dan orang persendirian amat dialu-alukan, tidak terhad kepada kewangan semata-mata, tetapi juga berbentuk pek makanan, selimut dan air minuman.
 
Penyertaan sukarelawan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan, kaunseling dan pendidikan juga amat dialu-alukan, katanya.

Beliau berkata, kumpulan pertama sukarelawan MBM seramai 10 orang akan ke Filipina dalam masa terdekat untuk meninjau keadaan dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan sukarelawan MBM yang akan menyertai mereka kemudian.
 
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan berbentuk wang ke dalam akaun Maybank bernombor 564025403782 atas nama Tabung Kemanusian Majlis Belia Malaysia, manakala sumbangan barangan boleh dihantar ke pejabat MBM di Wisma MBM, No 1 Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.  -

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates