Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 17 November 2013

OPS CANTAS-“Banyak yang kena tangkap adalah orang Melayu"



Seramai 29,627 orang ditahan dalam Op Cantas sejak ia dilaksanakan 17 Ogos hingga 13 November tahun ini. Penangkapan tersebut melibatkan pemeriksaan keatas 807,016 orang di seluruh negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, daripada jumlah itu, kaum Melayu mencatatkan penangkapan tertinggi dengan 12,645 orang.

Sementara kaum India, 6,770 orang, kaum Cina, 3,477 dan lain-lain bangsa 6,735 orang.

Menurutnya, dengan pendedahan statistik tersebut secara tidak langsung menolak persepsi segelintir masyarakat bahawa Polis Diraja Malaysia menjalankan Ops Cantas Khas berdasarkan warna kulit.

“Banyak yang kena tangkap adalah orang Melayu. Jadi saya tidak setuju dengan ada yang mengatakan bahawa ini (Op Cantas Khas) disasarkan kepada satu satu etnik, mentericolor blind. Ia tidak pilih sesiapa,” jelas Wan Junaidi.

“Polis bergerak mengikut penglibatan kongsi gelap. Jadi ini menafikan apa sahaja tuduhan yang mengatakan ada kumpulan kongsi gelap diberi kemudahan , tidak diambil. Itu tidak betul,” tegasnya

Sepanjang Op Cantas Khas juga berjaya merampas 874 jenis senjata api termasuk senjata berjadual dan bahan letupan dengan peluru merekodkan bahan letupan tertinggi dirampas iaitu 2,127 butir.

Selain itu, polis juga telah merampas 45 laras senjata api, 32 senapang angin buatan sendiri , 6 laras senapang patah dan sebutir bom tangan.

Mengulas lanjut katanya, sejak Op Cantas Khas dijalankan, kadar jenayah menunjukkan penurunan mendadak bagi semua kes keganasan dan harta benda.

“Saya yakin dengan kerjasama serta peranan yang dimainkan semua pihak, kadar jenayah di Malaysia akan terus menurun,” katanya mengakhiri sesi temu bual.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates