Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday 12 November 2013

Sabah tatap sabah-Tahniah Ds Anwar Ibrahim @anwaribrahim @dapmalaysia @roketkini



Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 PKR Sabah berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa dakwaan dia akan keluar daripada PKR langsung tidak timbul kerana pada hakikatnya tidak pernah menjadi ahli parti berkenaan. Maknanya PKR Sabah memang tiada pemimpin yang berwibawalah. Mereka hanya ditangkap muat oleh Anwar dan Lajim Ukin semata-mata untuk bertanding PRU 13 lepas mewakili PKR walaupun hakikatnya mereka tidak sanggup mengkhianati rakyat Sabah apatah lagi ketika Sabah diceroboh pengganas Kiram upahan PKR.

Sebelum ini Jelani pernah mencabar Anwar agar memecat beliau, jika benar Anwar merasakan diri terlalu berkuasa dan tidak boleh dikritik. Jelani memenangi kerusi N4 Matunggong pada PRU 13 lalu dengan majoriti 320 undi dalam pertandingan 5 penjuru antara BN, PKR, STAR, SAPP dan Bebas.

Sehingga kini sudah 3 ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra BN. Sebelum ini seorang ADUN DAP dan seorang ADUN PKR keluar kerana hilang keyakinan pada parti masing-masing. Kini pembangkang hanya tinggal 9 kerusi di Sabah; 5 PKR, 3 DAP dan 1 STAR. Manakala 48 dari BN + 3 Bebas menjadikan 51 kerusi dikuasai kerajaan. Tahniah!

Sabah tak hilang tetapi pembangkang yang telah hilang kerusi. Itulah kesudahan perjuangan yang tak betul mana Allah nak berkat. Kepada ADUN-ADUN yang telah menjadi ADUN Bebas teruskan khidmat kepada masyarakat yang memilih anda semua. Berjuanglah bersama Barisan Nasional (BN).

Buat Anwar...cukup-cukuplah tu tinggalkan perjuangan kamu yang sia-sia selama ini. Bawak-bawaklah bertaubat!Ini kalilah  lain kalilah

Rasanya ada lagi yang nak keluar parti kerana tak lagi percaya pada perjuangan menjadi pembangkang dan tak mampu nak tunaikan janji-janji kepada rakyat di DUN masing-masing yang kini mula menuntut janji-janji yang ditaburkan dulu. Apa pun kita tetap sabar menunggu mungkin ada lagi yang akan keluar Pakatan, Insya Allah....Sabah Tatap!

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates