Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 20 November 2013

TABUNG HAJI SALUR ZAKAT MELALUI 'PROJEK IQRA' @azeezputera @drnovandri



Seramai 292 pelajar dari 146 sekolah di negeri ini menerima zakat pendidikan Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Projek Iqra’ berupa wang tunai dan kelengkapan sekolah berjumlah RM146,000.

Timbalan Pengarah TH Pulau Pinang Amat Kassim Pait berkata projek kali kedua di bawah program tanggungjawab sosial TH itu menyasarkan pelajar miskin dan kurang berkemampuan.

Katanya, pada tahun ini TH mengunjurkan pengagihan zakat pendidikan di bawah projek berkenaan sebanyak RM1.4 juta kepada 2,958 pelajar di seluruh negara.

“Bilangan penerima bergantung kepada jumlah zakat yang akan kita keluarkan.

Jadi, saya menyeru umat Islam di negeri ini supaya dapat menabung di Tabung Haji kerana setiap tabungan yang kita simpan, Tabung Haji akan keluarkan zakat kepada asnaf yang berhak.

“Semakin ramai orang Islam simpan duit di Tabung Haji semakin meningkat jumlah zakat pada setiap tahun.

Apabila jumlah tabungan meningkat bermakna lebih ramai lagi yang dapat kita bantu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di sini Selasa.

Amat Kassim berkata kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri turut memudahkan TH mengenal pasti pelajar yang layak menerima bantuan zakat berkenaan.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang, Ahmad Asyraff Rosli, 16, berkata program seumpama itu perlu diteruskan supaya lebih ramai pelajar miskin dan kurang berkemampuan mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates