Tuesday, 19 November 2013
MAKANAN-NASI AYAM BANGKAI SELEPAS NASI NAJIS
Restoran Nasi Ayam CP yang terletak di Centre Point Kota Kinabalu sudah tentunya dikenali oleh kebanyakan warga setempat. Malangnya, premis ini menggunakan daging bangkai ayam yang telah mati dimasak serta dihidangkan kepada pelanggannya.
Malang bagi mereka yang selama ini telah merasa Nasi Bangkai Ayam.
Akibatnya, premis terbabit menerima Notis Perintah Tutup yang dikuatkuasakan pada 23/10/2013.
Pihak Kementerian Kesihatan Negeri menyaman premis makanan tersebut kerana mendapati ayam yang digunakan sebagai hidangan kepada pelanggan adalah ayam "MATI" dan bukan disembelih.
Bukan itu sahaja, daging ayam tersebut dicuci di dalam tandas dan terdapat kaki lipas di dalam kuah nasi ayam tersebut.
Media Haria ingin menasihatkan orang ramai, jika ingin mengisi perut anda dengan nasi ayam, pastikan anda memerhatikan ayam yang tergantung di sebalik dinding kaca gerai tersebut. Jika ada kesan sembelih di lehernya, bermakna selamat untuk di makan. Jika sebaliknya, lupakan saja hasrat anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ehh yg mna 1 ya ? yg tauke dia cina rambut putih pnjgn tu ka ? huhuhu
ReplyDelete