Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday 19 November 2013

VILLA NABILA - NABILA TAK SOROK SESIAPA TETAMU #villanabila



Remaja yang dilaporkan hilang semenjak sabtu lepas dan didakwa masuk ke Villa Nabila berpuaka di Danga Bay ditemui malam tadi. Remaja tersebut menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara.


Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya berita 23 orang remaja masuk ke Villa Nabila, banglo berpuaka.


Selepas siasatan polis, hanya seorang remaja yang hilang ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun tetapi telah dijumpai. Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan


"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," kata saya. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis. "Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik," sampuk Zulhazri. Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat. Kira-kira jam 3.48 pagi,

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates