Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 28 December 2013

BENARKAH ANWAR IBRAHIM TERSILAP KLIK BUTANG FAV UTK GAMBAR GAY??





Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa akaun Twitter milik beliau yang memaparkan foto lucah telah diceroboh oleh pengodam cybertroopers UMNO, malam tadi.


Memetik daripada laman Twitter beliau, Anwar menuduh cybertroopers UMNO menyebarkan foto lelaki homoseksual itu malah mengakui ianya telah beberapa kali berlaku sebelum ini.

"Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat "hack" cybertroopers," katanya dalam laman Twitter.

Anwar turut menafikan bahawa beliau telah "favourite" gambar tersebut setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh pengikut beliau yang terkejut dengan statusnya


Sementara itu, pemilik Twitter Papagomo, telah mempersoalkan kejadian Anwar Ibrahim sehingga boleh diceroboh oleh pengodam UMNO.

"1998 dia (Anwar) kata liwat satu konspirasi pemimpin UMNO. (Tahun) 2013 ini beliau kata akaun Twitter kene hack oleh cybertroopers UMNO.

"Macamana pula boleh kene hack sampai Anwar Ibrahim favorite gambar gay beraksi lucah," katanya dalam tulisan di Twitter.

Memandangkan akaun Twitter Anwar Ibrahim diceroboh oleh pengodam, ramai pelayar Twitter mendesak agar beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

MH : Sebelum ini Ds Anwar kawal laman twitter nya sendiri tanpa admin sekarang ni dah ada admin pula?

Dah jadi beberapa kali? Agak agak la Ds nak spin.Cakap ja ni pertama kali buat apa nak menipu.

Kita tunggu dan lihat apakah laporan polis akan dibuat.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates