Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 28 December 2013

SABAH-PENDUDUK DI GEMPARKAN DENGAN PENEMUAN PAUS



Gempar Penemuan Ikan Paus Terdampar Di Kuala Penyu Pantai Barat Sabah. Ini adalah fenomena yang luar biasa apabila spesis yang semakin terancam ini ditemui. Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari Kota Kinabalu. Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.




Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu. Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan. “Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu,” kata beliau.


Admin page FB Bomba sepatutnya menyatakan tarikh berlakunya kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan para likersnya. Tetapi apa pun, tugas anggota bomba bukan hanya menyelamatkan manusia, malah haiwan pun turut diselamatkan oleh mereka.

Setelah diselidik, kejadian paus sesat itu berlaku pada 3 Ogos 2012 di Kuala Penyu, Sabah.



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates