Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 26 December 2013

PEKIDA-MAKIN PELIK LANTIK ARTIS LEMBIK JADI AYAHANDA @mypekida





Pangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), pastilah satu gelaran yang boleh dikatakan tinggi.

Apabila disebut Ayahanda, apa terbayang di fikiran ramai adalah seseorang yang mempunyai perwatakan yang agak keras.


Bagaimanapun mungkin ramai tak tahu, salah seorang penyandang jawatan Ayahanda dalam Pekida adalah pelakon, Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman A Rahman.

Buktinya dapat dilihat di laman Instagram milik Boy yang memuatkan gambar Boy duduk di meja depan bersama Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman.


Boy turut digelar sebagai ‘Ayah’ dalam kalangan ahli Pekida dan menggunakan gelaran ganti nama tersebut.

Kemudian dalam satu status yang menyeru agar ahli Pekida menyertai satu majlis, Boy merujuk dirinya sebagai Ayahanda Boy Iman, Timbalan Pengerusi Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

Tak kisahlah walau apa pun pangkat, semoga status dan persatuan yang diwakili Boy memberi kebaikan bukan sahaja pada dirinya tetapi juga agama, bangsa dan negara

1 comment:

  1. YANG NI AKU BERHAK BERCAKAPLAH ! AKU NAMPAK DAH MELAMBAK DAH AYAHANDA NIH. DULU SATU DAERAH SATU. SEKARANG SATU DAERAH ADA BERBELAS AYAH. AKHIRNYA ANAK ANAK TAK TERTAJAGA. PEKIDA TAK PAYAH NAK GLAMOUR LAH. INI PERJUANGAN, BUKAN BARANG MAIN.

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates