Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 2 December 2013

SULTAN BRUNEI - THIS IS TRUE KING



Gambar di bawah menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita


Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentangan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan amat dikagumi. Kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan pastinya membuatkan mereka berasa bangga mempunyai sultan seperti ini.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan

1 comment:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates