Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 5 December 2013

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DOKTOR NOVANDRI @NajibRazak @DrNovandri @empayarpemuda @tunfaisal





Pemuda UMNO semalam telah memberi Anugerah Khas kepada Dr Novandri hasan basri bagi menghargai sumbangan beliau terhadap sumbangan beliau di dalam Parti Keramat itu.Pada perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam Anugerah yang diberikan MH rasa tidaklah setimpal seperti mana jasa beliau (Dr.Novandri) didalam perjuangan yang telah dikhidmatkan kepada Rakyat terutamanya di Pulau Pinang.


Apa yang disebut semalam Dr.Novandri layak mendapat Anugerah khas itu kerana sumbangan beliau dalam kerja kerja Sukarelawan dalam membantu Rakyat dan jasa beliau didalam perjuangan menerusi alam siber sebagai Blogger yang berperanan menjawab dan menjelaskan apa sahaja isu berkaitan kerajaan.


Secara peribadi MH sangat menghormati Dr Novandri banyak untuk diulas jasa jasa yang MH tahu.Sedikit cerita boleh dikongsi bersama siapa dia Dr Novandri ini.Beliau terkenal dengan 'sifat memberi' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan atau bantuan.Pelbagai sudut dan apa yang paling menarik tentang Dr Novandri ini beliau seorang yang sentiasa berusaha untuk mencari peluang dan tidak pernah berputus asa untuk memberi kepada yang memerlukan.

Tidak kiralah apa jua bidang seperti Ilmu,Kerjaya,Bantuan perubatan,khidmat masyarakat walaupun beliau bukanlah sesiapa didalam UMNO.Beliau gemar melakukan kerja kerja kemasyarakatan dan beliau 'Puas' kerana itu minatnya.MH pernah diberi peluang mendengar tentang Dr Novandri ini oleh masyarakat Pulau Pinang yang sangat menghormati beliau atas kerja kerja sukarelawan yang diusahakan oleh Dr Novandri sendiri.Dibawah ini MH ingin berkongsi gambar beliau yang dicari di laman Google.











Walaupun Dr Novandri ini kurang disenangi oleh pemimpin PR,harus diingat bahawa penyokong dan penggiat media maya PR sangat menghormati beliau diatas sikap profesional yang dibawa oleh Dr Novandri ini. MH ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah dan Terima kasih kepada UMNO kerana mengiktiraf dan menghargai individu seperti Dr Novandri ini.Tidak dilupa perkataan yang orang ramai selalu ungkapkan diakhir perbualan apabila bertemu beliau iaitu "Terima Kasih Doktor Novandri".

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates