Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 27 January 2014

(15 GAMBAR) SEKITAR DEMO BANTAH KANGKUNG DI SEBERANG JAYA PULAU PINANG @AnwarIbrahim @rafiziramli @n_izzah




Demo TURUN yang diadakan di Seberang Jaya semalam dilihat hambar kerana beberapa checkpoint yang ditetapkan penganjur tidak mendapat sambutan dari penyokong Pakatan.

Perancangan mula,perserta akan belarak dari beberapa checkpoint terpaksa dibatalkan dan peserta terpaksa terus berkumpul di pintu masuk pusat membeli belah Sunway Carnival.

















Demo yang dicanangkan bakal menggegar P.Pinang ini nyata sekali meleset.Peserta demo dianggarkan dalam 400 orang sahaja dan majoritinya peserta Melayu.

Media-media pembangkang dilihat mengambil langkah selamat dengan tidak menyatakan jumlah sebenar peserta demo ini.

Permulaan demo dilihat agak hambar,Wartawan yang berkumpul di depan pusat membeli belah tersebut dilihat lebih ramai dari peserta demo.Terdapat juga beberapa ahli PKR yang hadir juga merungut kehadiran yang kurang pada demo TURUN ini yang jangkaan awal mendakwa boleh membawa 10 ribu orang peserta.

Lebih menarik lagi, ada dikalangan wartawan Cina juga mendakwa demo TURUN berkenaan hanya dihadiri PKR &PAS dan tiada penyertaan dari DAP . Pemuda-pemuda cina dilihat enggan mempedulikan demo yang dianjurkan ini dan lebih senang membeli belah di dalam Sunway Carnival Mall.

Mereka lebih senang melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.Penyertaan kaum Cina yang kurang pada demo kali ini dipercayai ada kaitan dengan gesaan Lim Guan Eng supaya membatalkan demo ini.Guan Eng pada kenyataan medianya menggesa supaya demo ini ditangguhkan kerana takut ketegangan kaum berlaku di P.Pinang selepas tindakan bodoh adun PKR Machang bubuk dan Anwar yang enggan mempedulikan tindakn bodoh adun Machang Bubuk itu.

Demo kelmarin hanya di hadiri beberapa pemimpin sahaja seperti Rafizi Ramli,Afif Bahardin dan beberapa pemimpin lagi.Perancangan mula untuk membawa Mat Sabu untuk serta dalam demo ini gagal kerana Mat Sabu masih berada di Kuala Lumpur.-UtaraNews.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates