Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 27 January 2014

PADAH BERBAJU KETAT PAK GUARD NAIK ANGIN




Seorang wanita yang memasuki kawasan sekolah untuk bertemu guru besar hampir diserang seorang pengawal keselamatan wanita didakwa berpunca daripada cara pemakaian wanita itu

Eksekutif pemasaran, Fatimah Abdullah, 28, dari Desa Ria, Tangga Batu mendakwa pengawal dalam lingkungan umur 40-an itu memarahinya kerana memakai pakaian ketat.

Dia juga mendakwa pengawal itu cuba memukulnya sebelum dihalang oleh guru dan kerani sekolah yang melihat insiden itu.

Katanya kejadian itu berlaku pada Khamis lalu apabila dia berada di sekolah berkenaan untuk menemui guru besar bagi membincangkan mengenai hal pelajaran dua anaknya yang berumur 10 dan lapan tahun.

"Saya memakai pakaian seragam kerja ketika pergi ke pejabat sekolah. Namun pengawal keselamatan itu menuduh saya mendedahkan bentuk badan saya kerana memakai pakaian ketat.

"Saya terkejut kerana saya tidaklah berpakaian yang tidak sopan. Dia juga menyuruh saya pulang ke rumah dan menukar pakaian," katanya.

Bagaimanapun menurut wanita itu, dia tidak mengendahkan larangan berkenaan dan meminta agar pengawal itu tidak menjaga hal peribadinya.

"Dia kemudiannya meluru ke pejabat dan saya percaya dia mahu memukul saya. Walau bagaimanapun tindakannya berjaya dihalang oleh guru dan kerani," tambahnya.

Fatimah yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling berkata, beliau turut mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Tiada sebarang tindak balas setakat ini.

"Saya berasa dihina kerana kejadian itu berlaku dalam perhatian guru-guru dan kakitangan sekolah.

"Saya hairan dengan tindakan pengawal itu kerana saya tidak memakai skirt pendek atau bikini ke sekolah," katanya.

"Kedua-dua anak saya juga berasa malu kerana kejadian itu menjadi buah mulut orang sekolah," katanya.

3 comments:

  1. lagi kes pengawal gila. sukati ler nak pakai baju apa. pengawal tu cemburu ler tu body dia x cantik

    ReplyDelete
  2. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  3. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates