Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 27 January 2014

ANWAR IBRAHIM BAKAL MB SELANGOR?





Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.

Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.

Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung keputusannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad.

1 comment:

  1. SURAT PELETAKAN JAWATAN ADUN KAJANG UNTUK BERI LALUAN KEPADA ANWAR CATUR POLITIK SELANGOR HARI INI DI sini

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates