Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 6 January 2014

DR MAZA DIKRITIK TERUK AKIBAT "TER" FITNAH KERAJAAN @realDrMaza


Ilmuan agama terkenal, Dr. Maza dikritik oleh ramai pengamal media sosial kerana beliau didapati memuatnaik gambar berunsur fitnah di dalam page Facebook peribadi beliau pagi tadi.

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya..menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah." Ulas Dr. Maza dalam gambar tersebut.


Tetapi, menurut satu blog dalam artikel terbarunya mendakwa gambar yang diupload bukanlah gambar dalam jet "putrajaya" yang didakwa. Namun, gambar itu dengan mudah boleh didapati menggunakan carian google.


Blog itu juga menyelar tindakan Dr. Maza kerana boleh membuatkan ramai orang memberi tanggapan yang salah

"Gambar tu ambil dalam carian "image google" ja bro..Sedarkah Dr Maza yang gambar tersebut boleh menyebabkan banyak pihak menyangka begitulah keadaan sebenar dalam isu pesawat milik kerajaan ?"

Melalui tinjauan semula ke FB page Dr. Maza, gambar kontroversi itu telah dipadam. Namun masih ada pengamal media yang cuba memprovokasi Dr.Maza untuk memberi respon mengenai isu itu


Diharap Dr. Maza lebih berhati-hati di masa hadapan dalam mendapatkan info dan maklumat untuk membincangkan isu-isu kritis seperti ini.

Dibawah ini kenyataan Dr Maza yang menatik balik tuduhan itu tetapi sempat juga beliau berkata "Gambar Hiasan"..MasyaAllah



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates