Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 18 January 2014

HIMPUNAN AMAN TAPI "GARANG" DI PULAU PINANG @NajibRazak @DrNovandri @dzainalabidin @jaharahamid @tunfaisal



Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.
   
Perhimpunan anjuran Umno bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

   
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri.

   
"Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina. Tindakan yang dilakukan oleh Adun Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya hari ini.
   
Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.
   
Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates