Saturday, 18 January 2014
KEJAM-KUCING DIBAKAR HIDUP HIDUP
Tersebarnya di laman Facebook semalam sekeping gambar di mana seekor kucing hitam + putih dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.
Kucing yang penulis anggarkan usianya dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun itu dimasukkan ke dalam sangkar yang kecil, kemudiannya dituangkan minyak gasoline dan dibakar mengguna pemetik api berjenama Zippo
Penyebaran gambar itu telah mengundang kemarahan orang ramai. Tidak kurang juga ada yang turut bersedih dan meminta agar gambar sedemikian tidak dimuatnaik dalam group/page pada masa akan datang. Ada juga yang mengandaikan kejadian itu berlaku di Malaysia.
Hasil pencarian, kejadian itu bukan berlaku di Malaysia. Besar kemungkinan berlaku di bahagian utara German.
Menurut laporan portal berita swasta German itu, gambar itu dimuatnaik oleh seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya. Tetapi disertakan caption dalam gambar kucing dibakar berkenaan
Kekejaman lelaki tersebut tidak terhenti setakat itu, dia bertindak membakar seekor lagi kucing bagi mengembirakan dirinya dengan pemetik api jenama Zippo. Lihat gambar di bawah:
Pastinya gambar-gambar sebegini menoreh hati para pencinta haiwan. Entah apa dosa kucing-kucing ini terhadap lelaki yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Namun, tiada apa yang boleh kita lakukan memandangkan kes ini berlaku di luar negara melainkan kita mengambil iktibar untuk melaporkan kejadian sebegini kepada pihak berkuasa di masa yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment