Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 10 January 2014

KETUA MENTERI P.PINANG MAHU MANSUH PUSAT HIBURAN DAN RESPON PEMUDA UMNO @utaranews @rrafizal @drnovandri



Ketua Menteri Pulau Pinang Mahu memansuhkan pusat hiburan dalam kenyataannya dilaman twitter.Agak lawak bila membaca perkara yang beliau takkan laksanakan ini.Persoalan dan alasan sudah diatur ini hanya taktik meraih sokongan.


Sudah lupakah kita tentang janji beliau untuk peluk Islam sebelum PRU13 tetapi beliau minta perkara itu tidak dihebohkan semasa kempen lepas.Apabila sudah dimenangi apa isu yang dimainkan supaya masyarakat Islam dan Melayu terus lupa akan janji wayang beliau? Isunya pelbagai contohnya menaikkan elaun guru kafa dan sebagainya.Kali ini Mahu mansuh pusat hiburan yang sangat pesat dan tumbuh bagai cendawan di negeri P.Pinang itu? 


KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri  ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati  rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates