Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 10 January 2014

PETROL NAIK LAGI,TOK MAT JAWAB BERI PENJELASAN @ahmadmaslan




Selepas kenaikan harga Petrol RON97 pada 8 Januari lalu, harga Petrol RON95 pula dinaikkan semula sebanyak 20 sen berkuatkuasa pada 10 Januari 2014 menjadikan harga baru Petrol RON95 RM 2. 30 seliter


"Harga Petrol RON95 naik lagi 20 sen bermula 10 Januari 2014. Dulu RM2.10 seliter, sekarang akan naik kepada RM2.30 seliter.

Heboh 1 Malaysia yang menyatakan kenaikkan bahan api iaitu RON 95 akan naik pada malam tadi.Apa yang menarik lagi kenyataan itu melibatkan PM Ds Najib Razak yang mengumumkan kenaikkan bahan api tersebut.

Petikan diatas diambil dari media-media yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat yang bekerja "makan gaji" untuk menghasut rakyat supaya membenci dan memarahi kerajaan BN.Tanpa waras sebar cerita palsu.

Semalam Ds Ahmad Maslan memberi penjelasan berkaitan bahan api RON 95 yang didakwa naik RM0.20.Ini kenyataan beliau.



Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.


Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates