Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berikutan persetujuan Mustafa untuk menyatakan yang beliau maksudkan "bukan Umno" tetapi "blogger Umno" di belakang penyebaran video lucah ke atasnya.
Berikutan persetujuan itu, Harakahdaily semalam menyiarkan satu berita bertajuk
"Yang saya maksudkan blogger Umno bukan Umno - Mustafa".
Persetujuan itu dicapai melalui sesi mediasi yang disertai oleh kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam sesi itu, Mustafa disertai oleh Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi yang turut disaman Umno serta peguam mereka iaitu Fitri Asmuni dan Zulhazmy Shariff.
Umno pula diwakili oleh peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh.
Umno menyaman Mustafa, Asmuni dan Ketua Pengarang Harakahdaily ketika itu, Zulkifli Sulong kerana mendakwa parti Melayu itu di belakang penyebaran video lucah Mustafa menjelang pilihan raya umum lalu.
Umno menafikan mereka terlibat dan menyaman ketiga-tiga mereka.
Menjelang pilihan raya umum lalu, blogger Umno menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Mustafa.
Video didakwa Mustafa Ali
Mustafa menafikannya dan mendakwa Umno terlibat dalam pembikinan dan penyebarannya untuk memalukan PAS.
No comments:
Post a Comment