Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 8 February 2014

BALAI POLIS JADI SASARAN DIBALING BAHAN LETUPAN




Balai Polis Bukit Tengah Dibaling Bahan Letupan. Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan. “Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

“Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu. Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.






“Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian. Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir. Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat,” katanya. Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

MAKLUMAT AWAL :

Selamat pagi YDH Datuk/ Dato'/ Tuan.

Maklumat awal kejadian baling dipercayai bahan letupan ke atas Balai Polis Bukit Tengah, SPT.

Utk makluman YDH Datuk/ Dato' / Tuan, pada 8/2/14 jam 0450hrs ketika anggota sentri yg sedang lakukan rondaan di kawasan balai terdengar satu letupan dibahagian porch balai Bukit Tengah dan buat pemeriksaan dapati bahagian ceiling dan cermin pejabat pertanyaan dan cermin pejabat KPB telah pecah, dipercayai telah dibaling dengan bahan letupan. Anggota sentri semasa kejadian tidak nampak apa-apa suspek tetapi telah terdengar bunyi m/sikal beredar dgn cepat memecut berlalu dihadapan balai dipercayai menuju ke arah jalan Bahru Perai.

Tiada sebarang kecederaan yg dialami oleh anggota.

Siasatan awal. KPD SPT, KBSJD, KPB sekarang berada di tempat kejadian utk siasatan lanjut.

Pihak forensik dan unit bom telah di panggil untuk membantu siasatan.

Semua Balai-balai  telah telah diarahkan untuk
meninggkatkan keselamatan.

Sebarang perkembangan akan dilapor kembali.

Untuk makluman YDH  Datuk/ Dato'/ Tuan.Dari Dsp Lee JSJN P.Pinang.

Harapan kita semua agar Malaysia akan terus aman dan makmur sentiasa hendaknya

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates