Saturday, 8 February 2014
DUA BERANAK DICEKUP BERSAMA PASANGAN
Kegiatan dua beranak yang melakukan maksiat bersama pasangan mereka di rumah mereka di Bertam Malam, dekat sini, terbongkar dalam serbuan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi, semalam.
Dua beranak terbabit membabitkan wanita berusia 54 tahun dan anaknya berusia 16 tahun dicekup dengan teman lelaki masing-masing kira-kira jam 1 pagi.
Lebih malang lagi, pemeriksaan Jaim mendapati anak gadis wanita terbabit hanya menunggu hari untuk melahirkan bayi kandung hasil hubungan yang tidak diketahui dengan lelaki mana. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat menerima maklumat mengenai rumah ibu tunggal berkenaan dipercayai bukan mahram.
Katanya, ketika sepasukan penguat kuasa Jaim tiba, mereka mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka ibu tunggal terbabit.
"Pemeriksaan dilakukan menemui lelaki yang juga anak wanita itu berusia 21 tahun dan anak perempuannya berusia 16 tahun.
"Hasil siasatan lanjut menemui dua lelaki berusia 57 dan 25 tahun di dalam rumah berkenaan. Soal siasat mendapati lelaki berstatus warga emas itu adalah teman lelaki ibu tinggal berkenaan," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu pula teman lelaki kepada anak gadis ibu tunggal berkenaan.
Rahimin berkata, hasil soal siasat mendapati gadis bawah umur itu sarat mengandung sembilan bulan dan hanya menunggu hari untuk melahirkan anak.
Bagaimanapun, katanya, anak dikandung itu bukan hasil hubungannya dengan lelaki ditahan itu, sebaliknya gadis itu sendiri tidak mengetahui hasil benih dengan pasangan mana yang pernah terlanjur dengannya sebelum ini.
"Lelaki terbabit hanya mempunyai hubungan sebagai kekasih dengan remaja mengandung itu dan mereka sudah berkenalan sejak beberapa tahun lalu.
"Lelaki warga emas itu pula mengakui mempunyai hubungan dengan ibu tunggal berkenaan dan sering datang kerana mengambil dan menghantar wanita itu untuk bekerja," katanya.
Rahimin berkata, berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit pernah bermalam di rumah berkenaan dan tidur di dalam bilik yang sama.
Katanya, anak lelaki wanita terbabit mengetahui ibu dan adiknya sering membawa teman lelaki masing-masing pulang ke rumah dan tau perbuatan itu salah.
"Lelaki terbabit turut ditahan Jaim untuk diambil keterangan kerana berada di dalam rumah ketika mereka ditahan.
"Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekedudukan dengan bukan muhrim," katanya.
Menurutnya, remaja perempuan itu juga turut disabit kesalahan mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana hamil luar nikah.
"Sabit kesalahan bagi kedua-dua kesalahan itu bagi pasangan dan remaja perempuan itu boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment