Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 10 February 2014

(GAMBAR) PEMUDA INDIA MATI DENGAN 3 DAS TEMBAKAN




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya mengenai kepala


"Kita difahamkan ketika kejadian mangsa berada di sebuah kedai serbaneka yang terletak kira-kira 200 meter dari flat itu lalu bertembung dengan dua suspek terbabit sebelum mereka mengejarnya sehingga ke bawah flat berkenaan.

"Sebaik sampai di situ, seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana masing-masing mengenai tangan kanan, tengkuk dan kepala. Dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates