Monday, 10 February 2014
PUNCA KENAIKAN INSURAN KENDERAAN PADA 15 FEBRUARI INI
Insurans Kenderaan menurut laporan Laman web Myroadtax.com hari ini syarikat Insuran pula bakal mengumumkan kenaikan kadar premium Insurans kenderaan mulai 15 Februari 2014 ni.
Dalam surat 'New Motor Cover Framework - Gradual Premium Adjustment', Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelarasan tarif kepada ahli kumpulan insurans Takaful berkuatkuasa 15 Februari 2014.
"Kesan kenaikan harga ini adalah "domino effect" kenaikan harga minyak tol dan tariff elektrik. Berita terbaru adalah insurans kereta naik lagi," petik laporan di laman Myroadtax.com tersebut.
Rangka kerja ini dikatakan membuka jalan untuk penghapusan tarif premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan.
Difahamkan, antara faktor kenaikan premium insurans kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang meningkat dengan begitu ketara.
Di samping itu kenaikan kadar insuran ini juga disebabkan oleh kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti yang telah meningkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment