Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 5 February 2014

MAYAT SUDAH REPUT DIJUMPAI DALAM KEADAAN MENGERIKAN




GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan kepala terputus dijumpai dalam hutan simpan Bukit Gedung, 50 meter dari Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritenden Lai Fah Hin berkata kepala lelaki itu dijumpai tergantung menggunakan akar kayu pada sebatang pokok setinggi dua meter dari aras tanah oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 5 petang.


“Berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau dan mereput, polis percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada dua minggu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Lai berkata polis sedang meneliti laporan orang hilang untuk mengenal pasti identiti mangsa dan meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates