Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, 11 February 2014

MELETOP YB KITA HIASI COVER DEPAN MAJALAH NONA @n_izzah @twt_malaysia




Bukan mudah untuk membuat keputusan memilih siapakah yang bakal menghiasi Nona edisi Mac memandangkan tema kali ini adalah ‘Rich & Famous’, saat redaksi Nona bertungkus lumus memetik nama setiap personaliti yang terlintas, namanya dijulang sebagai wajah tepat untuk diabadikan.

‘Rich’ bukan bermaksud kaya dari segi kewangan, namun beliau seorang yang kaya dengan nilai juang dan semangat berkobar sebagai seorang ahli parlimen Pantai Dalam, ‘Famous’ pula bukan bererti bintangnya bagaikan seorang primadona namun jati diri, kebijaksanaan dan sikapnya yang tenang membuatkan namanya dikenali ramai. Jika tidak masakan beliau berjaya memenangi pemilihan buat dua penggal berturut-turut.


Untuk mendapatkan masanya bukan mudah, memandangkan kerjaya beliau sebagai seorang ahli politik dan ahli parlimen yang boleh dikatakan sentiasa on the go berkhidmat untuk rakyat setempat. Penggambaran pula dicepatkan tiga hari dari tarikh yang sepatutnya kerana beliau ada urusan penting yang harus diselesaikan pada hari yang dijanjikan. Kelam kabut juga penulis menghubungi krew yang terlibat untuk bertugas secara ad-hoc. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan penuh lancar.

Pada hari yang dijanjikan kami bertamu di kediaman adik iparnya sebagai lokasi penggambaran, beliau yang tiba sedikit lewat dari kami terus menyapa seluruh krew dengan senyuman yang melebar dibibirnya.

“Berapa baju saya kena pakai ni? Satu sahaja kan?” tanya beliau kepada penulis. “Tiga YB, ni cover shoot bukannya shooting biasa, ni untuk muka hadapan Nona” balas penulis sambil tersenyum kepadanya. “Wah banyak tu, come lets do it quick and fast!” katanya sambil wajahnya disolek ringkas oleh jurusolek.

Sepanjang penggambaran dijalankan kelihatan beliau hanya mendengar sahaja segala gaya yang diminta oleh Kiffy Razak, editor Nona yang juga turun bagi memastikan segala-galanya berada di dalam keadaan yang terbaik. “Hmmmm, penat menjadi model ni,” selorohnya sambil tersenyum. Apa yang boleh penulis katakan beliau punya senyuman hebat dan wajahnya cukup fotogenik.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates