Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 23 February 2014

SINAR HARIAN PEMBOHONG CEMAR IMEJ ISLAM @SinarOnline




Sinar harian telah memberitakan 1 cerita berkenaan seorang gadis direjam gara-gara mempunyai laman facebook pada 20 Feb lepas.Tersebar luas di media maya kisah gadis tersebut yang berlaku di Damsyik Syria oleh puak pelampau Syria.


Benar berita itu di salin semula dari sumber Dailymail tapi gambar yang dipaparkan adalah tidak benar ia adalah sebahagian babak 'The Stoning Of Soraya'. Gambaran imej sangat sangat buruk kesannya pada Agama Islam ia mampu memberikan persepsi negatif kepada sesiapa melihatnya.

Mujur semalam Sinar Harian sudah menjelaskan berkaitan imej yang digunakan itu adalah bukan kejadian sebenar.Persoalannya sekarang adakah editor Sinar Harian tidak melakukan kerja dengan baik atau ia seorang pakar kontroversi yang mahu melariskan produk?


Akibat tanpa usul periksa persepsi negatif sudah pun tersebar luas terhadap Islam yang sekarang Islam sebagai agama yang 'ganas'.Semoga insiden seperti ini tidak berlaku lagi di media utama kita di Malaysia ini.Selepas ini editor Sinar Harian harus lebih peka bukan sahaja menyunting berita sebelum disebarkan malah imej juga perlu ditapis sama ada benar atau tidak untuk berita itu.

Jika Harakah "MUDAH" jika kesilapan berlaku mereka hanya perlu memadamkan Artikel tersebut tanpa rasa bertanggungjawab.Harus di ingat mereka adalah SINAR HARIAN yang mempunyai pembaca sendiri yang tidak mahu berfikir atau kaji selidik akan mempercayai segala Artikel dan imej yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates