Sunday, 23 February 2014
TANPA ROYALTI MINYAK ORANG KELANTAN TETAP MEWAH
Disebalik isu kenaikan harga barang,kenaikan harga rumah dan kenaikan kos hidup.Masyarakat Kelantan dilihat menerima kesan yang minimum,malah tetap mewah berbelanja.Mungkin ada benarnya ada pihak menyatakan kuasa beli tertinggi melayu di Kelantan.
Berkemampuan untuk memiliki kenderaan mewah.
Kos hidup rendah memberi peluang kepada golongan yang mendapat gaji tetap untuk memiliki kenderaan mewah kerana kemampuan untuk membayar bayaran ansuran bulanan yang tinggi.
Golongan makan gaji mampu memiliki banglo mewah.
Kelantan dikatakan mempunyai golongan pekerja makan gaji yang ramai samada yang bekerja di Kelantan serta bekerja di negeri luar.Kemampuan untuk memiliki pendapatan tetap mendorong mereka memiliki rumah banglo mewah kerana faktor kos tanah yang murah dan konsep beli tanah dan bina.
Daging lembu segar tetap menjadi pilihan.
Masyarakat Kelantan lebih gemar memakan daging lembu segar berbanding daging sejuk beku yang diimport.Ini adalah kerana faktor bekalan lembu hidup yang banyak.Keadaaan ini boleh dilihat di tepi-tepi jalan ada peniaga menyembelih diwaktu pagi dan menjual daging segar di tepi jalan.
Ikan laut segar mudah didapati dan masih murah.
Sistem ekonomi di Kelantan yang unik di masa penjual akan pergi ke bandar-bandar pada waktu pagi untuk mendapatkan bekalan ikan segar dan kemudian menjualnya di kawasan kampung memudahkan masyarakat mendapatkan bekalan ikan segar setiap hari.
Hari sabtu hari membeli belah.
Hari minggu di Kelantan ialah hari sabtu dimana kebanyakan penduduk akan keluar ke bandar-bandar untuk membeli belah.Keadaan ini boleh dilihat kebanyakan pasaraya penuh dengan orang ramai untuk membeli belah atau hanya sekadar keluar berjalan-jalan di bandar.Tinjauan penulis di bandar-bandar pada hari minggu seolah oleh menunjukkan kesan kenaikan harga minyak dan kos hidup seolah-olah kurang memberi kesan kepada tabiat berbelanja di Kelantan.
Lembah klang untuk berbelanja.
Mungkin agak jarang didengar mengenai perkara ini tetapi itulah hakikatnya.Lembah klang yang biasanya untuk mencari pekerjaan tetapi semakin hari semakin berubah apabila masyarakat Kelantan melihat lembah klang sebagai tempat untuk membeli belah terutamanya untuk membeli barangan tertentu pada harga yang lebih murah berbanding di bandar di Kelantan.Malah ada yang sanggup pergi ke lembah klang dan menyewa hotel semata-mata untuk membeli belah.
Sanggup keluar dari zon selesa untuk berjaya.
Masyarakat Kelantan yang terkenal dengan budaya suka merantau bersedia untuk keluar dari zon selesa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di tempat orang.Walaupun banyak cabarannya namun itulah cara hidupnya.Apabila sudah berjaya mereka pula akan membuka perniagaan di Kelantan atau membuat pelaburan perniagaan di Kelantan seperti membeli tanah dalam kualiti yang banyak untuk tujuan pertanian atau perumahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment