Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 19 March 2014

ANAK NAZRI AZIZ TAMPIL JAWAB FITNAH JAHAT TERHADAP BAPANYA @bossned_




Poster Menteri Pelancongan tersebar hari ini dilaman media sosial berkenaan Ds Nazri Aziz dalam kenyataannya berhubung insiden FMFA mendakwa :


Biarpun sudah disangkal ini bukan kenyataan dari Ds Nazri Aziz di laman Fanpage APT (KLIK SINI) berkali-kali namun punca fitnah ini tidak dapat dikesan hingga pada masa ini.Anak kepada Ds Nazri Aziz tampil menjawab fitnah tersebut dilaman instagram nya berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh bapanya.

"Ada seorang hamba Allah hantar saya gambar ini yang mengatakan bapa saya mengeluarkan statement ini adalah bohong dan fitnah semata-mata,Bapa saya ada diluar negara melawat dan menjaga setiausaha politik nye yang sedang sakit tenat,saya meminta bantuan follower saya untuk menyebarkan berita ini dan ingin saya ingatkan anda,bahawa permit FMFA atau apa-apa event mendapat kelulusan bukan dari Kementerian Pelancongan tapi daripada "PUSPAL" iaitu badan dibawah Kementerian lain,Sila selidik fakta ini dengan betul ! ..Jangan menuding jari dan fitnah hanya untuk perjuangan politik tidak sihat ini..Harap anda semua dapat membantu saya untuk menghapuskan kaki fitnah ini semua".


Fitnah ini kebanyakkan dimainkan di media media pembangkang bagi menyerang Kerajaan berhubung insiden FMFA yang berlaku kematian akibat pengambilan dadah berlebihan.Walaupun sudah dijawab dan tindakan sudah diambil terhadap penganjur FMFA isu ini tetap dijadikan modal untuk kepentingan politik busuk mereka.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates