Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 20 March 2014

TABUNG HAJI SERAH SUMBANGAN RM100 RIBU UNTUK SELAWAT PERDANA @Azeezputera




KUALA LUMPUR, 20 Mac 2014 - Lembaga Tabung Haji menyerahkan sumbangan berbentuk sejadah yang bernilai RM100 ribu sebagai tanda sokongan serta menyemarakkan lagi penganjuran Selamat Perdana 1435H/2014M - Malam Cinta Allah Dan Rasul,dalam satu majlis ringkas di sini.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB.Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim,Pengerusi  Tabung Haji kepada Encik Shahrul Nasrun Dato' Haji Kamarudin,Setiausaha,Sekretariat Selawat Perdana 1435H/2014M.


Majlis Selawat Perdana (Malam Cinta Allah Dan Rasul) akan berlangsung pada 21 Mac 2014, Jumaat,Jam 8.00 Malam bertempat di Dataran Masjid Putra,Presint 1, Putrajaya.Majlis yang diadakan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Berdedikasi dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Majlis Selawat Perdana ini akan dipimpin oleh YBhg.Habib Syech Abdul Qodir As-Seggaf,seorang tokoh agama dan Imam Masjid As Seggaf,Pasar Kliwon Solo,Indonesia.


Pihak penganjur mensasarkan kehadiran orang ramai seramai setengah juta orang ke majlis tersebut khususnya golongan belia. Majlis akan diisi dengan pelbagai program ilmu,Selawat dan zikir untuk dihayati serta menjadi pemangkin kepada perpaduan umat Islam di negara ini.Dalam masa yang sama,program seumpama ini akan menjadi wadah psikologi dakwah ke arah penyatuan rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates