Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 20 March 2014

IMAGE DARI SATELIT AUSTRALIA YANG DISYAKI PESAWAT MH370




Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menjumpai dua objek melalui imej satellite yang mungkin berkait dengan pesawat MH370 iaitu kira-kira 2500km dari Barat Daya Perth di Lautan Hindi. Salah satu objek itu berukuran 24 meter panjang. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah mengadakan sidang media pagi bagi memaklumkan perkara tersebut.

Datuk Seri Hishamuddin mengakui bahawa Perdana Menteri telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot bagi memaklumkan perkara tersebut. Bagaimanapun pegawai ketenteraan Australia masih belum dapat mengesahkan sama ada objek-objek itu memang ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak



Menurut laporan AFP, Pesawat P-3 Orion milik Australia telah di hantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Kita nantikan berita selanjutnya, apakah sebenarnya dua objek tersebut.

Menurut Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan) beliau mengatakan jika ianya benar pesawat, kemungkinan objek tersebut adalah daripada sayap pesawat. Ianya juga kemungkinan terhempas secara mendatar dan perlahan (soft landing).

Fakta : Kedalaman purata Lautan Hindi 3,890m dan paling dalam adalah sedalam 8,047m. Untuk perbandingan, kedalaman purata Laut China Selatan adalah 200m.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates