Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, 9 October 2014

MELAYU DAP PUNCA FITNAH TERSEBAR 'KORBAN PAK HAJI HALAU BANGLA' @drnovandri @Apterkini


Semalam, kecoh di laman sosial Twitter berkenaan kes beberapa lelaki warga Bangladesh didakwa dihalau daripada menyaksikan satu majlis sembelihan korban anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.



Kekecohan timbul apabila pengguna twitter dengan nama @iloveyouIPOH memuatnaik gambar lima lelaki Bangla yang berdiri ketika menyaksikan majlis korban berkenaan yang dikongsikan semula oleh Rara Othman melalui laman twitternya (Melayu DAP)


“Dihalau sehingga hilang kelibat, dihalau oleh seorang yang bergelar haji hanya kerana mahu melihat lembu disembelih,” kata tweet itu merujuk kepada kumpulan berkenaan.

Majlis korban itu diadakan di pangsapuri Jalan Hospital di Ipoh semalam melibatkan 21 ekor lembu yang dikorbankan.

Pemilik twitter itu terus memaki hamun penganjur majlis yang dikatakan begitu kedekut dengan tidak mahu memberikan daging korban kepada kumpulan lelaki Bangla berkenaan.


Berikutan insiden itu, Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsudin Ghafar mengakui memang ada beberapa orang lelaki Bangladesh datang melihat majlis itu namun menafikan mereka dihalau.

Selepas mendapat jawapan dari Shamsudin, pengguna Twitter itu bertindak meminta maaf tetapi menegaskan bahawa tidak bersalah dalam isu itu.

Ia susulan perbuatannya mengutuk penganjur majlis berkenaan dikecam di laman sosial oleh mereka yang berada di tempat kejadian kerana lelaki-lelaki itu tidak pun dihalau oleh penganjur.


Ramai saksi mengesahkan kejadian itu tidak berlaku dan apa yang tersebar adalah fitnah.

Permintaan maaf itu juga dikecam hebat di twitter kerana pengguna itu dilihat tidak peka dan masih enggan mengaku salah walaupun jelas menyebarkan fitnah berkenaan UMNO Bahagian Ipoh Barat .

Nampaknya FITNAH ini disebar seperti ada 1 arahan dari pihak tertentu yang campur tangan.Dari segi permohonan maaf pun kita sudah nampak jelas apa yang dimaksudkan admin dilaman twitter @iloveIPOH yang berbunyi 'Walaupun kami tak salah'.

Sebelum ini 'Mereka' cuba burukkan Kerajaan BN apabila cuba dikaitkan menggunakan warga Bangladesh (Pengundi Hantu) tapi kali ini cubaan 'membela warga bangladesh' tapi tetap dikaitkan dengan UMNO pula.

Kali ini apakah Sepura Othman atau Rara Othman (Melayu DAP) berani bertindak menceritakan apakah sebenarnya yang berlaku? Diharap Rara Othman tidak terikut-ikut gaya propaganda yang selalu diamalkan oleh parti DAP yang gemar memburuk-burukkan keadaan.

3 comments:

  1. apa kah jenis manusia sepura othman ni...
    kepada pakcik & makcik pemilik anak yg bernama sepura.. nasihatkan lah sepura ni.. jgn memfitnah sesama umat islam lebih lagi melibatkan ibadah qurban yg dituntut oleh agama.. saya kesian pd pakcik & makcik punya anak macam ni... hasil / duit yg sepura peroleh tak mustahil akan sampai ke kantong pakcik & makcik.. dikhuatiri duit tersebut akan jatuh HARAM..
    renung2kan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.Ada saja ruang khabar angin terus masuk jarum.Terima kasih atas komen bernas

      Delete
  2. UMNO Ipoh Barat saman je sesiapa yang memfitnah. Minta maaf bukan penyelesaian mutlak.

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates