Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 8 October 2014

VIDEO-KEADAAN TERKINI KAPTEN BAS RAPID (MANGSA DITIKAM PENGGUNA) OLEH PEMUDA UMNO PULAU PINANG @Khairykj @ppumonline




Wanita yang dipercayai menikam Aisyamudin Bin Yaacob (mangsa) Kapten Bas Rapid telah diberkas oleh Pihak Polis semalam.Suspek yang berusia 48 tahun ditahan sepasukan polis ketika menaiki bas Rapid Penang dari rumahnya jam 7.30 pagi semalam.

Gambar Mangsa ketika kejadian 6/10/2014
Mahkamah Majistret Georgetown mengeluarkan perintah tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan. -Berita Harian-

Semalam Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Rafizal Rahim menziarahi Aisyamudin Bin Yaacob (mangsa) di Hospital besar Pulau Pinang.Keadaan mangsa yang masih masih kritikal ditempatkan didalam wad ICU (Unit Rawatan Rapi).


Ketua pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Rafizal Rahim dan timbalannya saudara Jasmin Nordin dimaklumkan oleh Doktor yang merawat mangsa berkaitan keadaan beliau :



Pemuda UMNO juga menegaskan bahawa hukuman setimpal terhadap suspek harus dikenakan kerana boleh kes seperti ini mendatangkan rasa tidak selamat terhadap masyarakat terutama di Pulau Pinang.Pemuda UMNO Pulau Pinang meminta pihak Rapid atau pengusaha bas dan pengangkutan awam menambah ciri keselamatan untuk kakitangan mereka agar kejadian begini tidak berulang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang juga menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa dan menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa sekiranya apa yang boleh dibantu oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Antara Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang turut hadir semalam

P/s : Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang prihatin terhadap sesuatu perkara terutama soal kebajikan rakyat yang dilihat tidak sibuk dengan berpolitik siang malam seperti PKR dan DAP terutamanya di Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Keselamatan Kapten Bas Dititikberatkan
    Release Date: Mon, 2014-10-06
    Pulau Pinang, 6 Oktober 2014 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang memiliki dan mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang akan bekerjasama dengan kesatuan sekerja Rapid Bus Sdn Bhd untuk mengkaji langkah-langkah untuk mempertingkatkan keselamatan para kapten basnya. Ini berikutan serangan seorang penumpang bas yang menyebabkan seorang kapten bas cedera parah pada awal pagi semalam berdekatan Jalan Paya Terubong, di Relau.

    Namun, Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Kumpulan Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff menyeru semua pihak supaya bersikap rasional dan tidak bertindak secara terburu-buru kerana kejadian tersebut sesuatu yang terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Zulkifli berkata demikian selepas menziarahi kapten bas Aisyamudin Yaacob, 27, yang masih berada dalam keadaan stabil tapi kritikal di Hospital Pulau Pinang, dan keluarga beliau. Beliau turut berjumpa dengan wakil kesatuan sekerja Rapid Bus.

    Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.00 pagi semalam, seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman menikam kaki kapten bas, Aisyamudin Yaacob, 27, yang sedang memandu bas RapidPenang dari Pengkalan Weld ke arah Balik Pulau apabila kapten bas tersebut tidak menurunkan penumpang tersebut di tempat yang diingini kerana kawasan tersebut kurang selamat dan bukannya tempat perhentian biasa.

    Aisyamudin menurunkan penumpang tersebut di tempat perhentian yang berdekatan dan sejurus kemudian ditikam di bahagian kaki oleh penumpang tersebut.

    Aisyamudin yang berasal daripada Pasir Puteh, Kelantan, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ambulans ke Hospital Pulau Pinang berikutan bantuan daripada rakan sekerja.

    Suspek tersebut berjaya ditahan polis dengan kerjasama beberapa kapten bas RapidPenang pada awal pagi tadi.

    “Kami memandang berat terhadap kejadian yang mengejutkan dan tidak diduga tersebut. Kami sedang dan akan memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya demi kebajikan Saudara Aisyamudin dan keluarganya, kata Zulkifli.

    Aisyamudin yang masih bujang adalah anak ke-enam daripada sembilan saudara dan adalah tunjang untuk menyara kehidupan keluarga termasuk dua adik bongsu yang masih bersekolah. Saudara yang lain sudah berkeluarga.

    Beliau menyertai perkhidmatan RapidPenang kira-kira dua bulan yang lalu selepas tamat mengikuti skim latihan kapten bas Rapid Bus Sdn Bhd.

    “Pekerjaan sebagai kapten bas penuh dengan dugaan dan cabaran. Selain bekerja dalam jangka waktu yang berpanjangan, kapten bas kerap mengharungi kesesakan lalulintas, di samping perwatakan dan kehendak para penumpang yang pelbagai.

    “Walau bagaimanapun, kami berharap agar keluarga Saudara Aisyamudin serta para wargakerja RapidPenang bertenang dan tabah menghadapi kejadian ini,” kata Zulkifli.

    Zulkifli turut berharap agar semua pihak berdoa agar Aisyamudin kembali sihat seperti sedia kala.

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates